Tuesday 26 August 2014

PENGENALAN KOPLIT


Koperasi Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Berhad (KOPLIT) telah didaftarkan pada 19 Januari 1994 dibawah seksyen 9 Akta Koperasi 1948.

Koperasi ini ditubuhkan menurut subseksyen 4(1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.

Tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan fungsi perumahan, pinjaman, perkhidmatan, kebajikan dan pengguna.

Anggota-anggota koperasi ini terdiri daripada sekelian mereka yang turut sama dalam permohonan untuk mendaftarkan koperasi ini dan mereka yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut Peraturan dan Undang-Undang kecil ini dari semasa ke semasa.

Pada masa ini koperasi telah memiliki bangunan sendiri,membuat pelaburan perniagaan ,mempunyai bilangan anggota yang terdiri dari berbagai bidang dan lapangan contohnya, kedoktoran, kejuruteraan, guru, pensyarah dan berbagai lagi.

Koperasi telah mengorak langkah berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan dalam bidang yang telah didaftarkan.

Harapan kami, Koperasi ini akan menjadi satu koperasi yang boleh memberi sumbangan kepada agama, negara dan bangsa.


MATLAMAT

Meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi dengan menyediakan kemudahan pembiayaan pada kadar yang berpatutan untuk pertanian, pengeluaran, pemasaran, perumahan dan aktiviti perniagaan yang dianggap memberi manfaat kepada ahli dan juga menggalakkan jimat cermat dan simpanan.

TUJUAN

Menjalani fungsi perumahan, pinjaman, perkhidmatan, pelaburan dan kebajikan

MOTTO

Bantu membantu dan lengkap melengkapi ke arah kebiakan bersama

OBJEKTIF

Untuk menyediakan kemudahan simpanan untuk menggalakkan simpanan dan ahli berjimat cermat.
Kadar dividen yang menarik ditawarkan bergantung kepada prestasi tahunan koperasi.



~~~ Anggota didahulukan CARUMAN ditingkatkan ~~~

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

** PERKHIDMATAN TAKAFUL


1. Semua projek yang di tawarkan oleh koperasi melalui Takaful adalah semua yang dibenarkan oleh TAKAFUL MALAYSIA.

2. Perkhidmatan memperbaharui insurans kenderaan kendaraan juga di sediakan. Dokumen yang diperlukan ialah. : 
            
            a) salah satu daripada dokumen ini diperlukan yang asal.
                      
                    i. surat NCD
                   ii. notis perbaharui cukai
                  iii. sijil polisi lama
                  iv. salinan geran

3. KOPLIT akan mendapatkan sijil insuran polisi dan memaklumkan kepada peserta untuk memperbaharui cukai jalan seperti biasa, dimana-mana cawangan JPJ atau Pejabat Pos. salinan polisi asal akan dihantar ke alamat peserta.



** SKIM BARANGAN PENGGUNA 

1. Pembelian untuk skim barangan pengguna boleh dibuat oleh anggota dengan menentukan barangan yang hendak dibeli dan membuat permohonan dengan mengisi borang skim tersebut.


2. Anggota perlu memaklumkan dahulu kepada wakil kawasan yang terlebih dahulu.

3. Sila rujuk kepada wakil-wakil kawasan yang berkenaan.



** SKIM QADHUL HASAN

1. Koperasi membuat skim pinjaman Qardhul hasan atau Al-Qardh Al-Hasan kepada mana-mana anggota yang layak dimana, anggota-anggota bpleh meminjam maksima sebanyak RM 3000 dengan tempoh bayaran balik maksima 30 bulan sahaja.


2. Skim ini bertujuan membantu anggota yang memerlukan wang dengan persetujuan mengenai bayaran balik serta nilai yang dipersetujui bersama.


** SKIM KEBAJIKAN 

1. Pelajar-pelajar CEMERLANG 

     a) UPSR - 5A
     b) PMR - 8A
     c) SPM - 9A
     d) Masuk universiti

2. Khairat kematian 

3. Kecemasan