Koperasi
Perumahan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Berhad (KOPLIT) telah didaftarkan pada 19
Januari 1994 dibawah seksyen 9 Akta Koperasi 1948.
Koperasi ini ditubuhkan menurut subseksyen 4(1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.
Tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan fungsi perumahan, pinjaman, perkhidmatan, kebajikan dan pengguna.
Koperasi ini ditubuhkan menurut subseksyen 4(1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.
Tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan fungsi perumahan, pinjaman, perkhidmatan, kebajikan dan pengguna.
Anggota-anggota koperasi ini terdiri daripada sekelian mereka yang turut sama dalam permohonan
untuk mendaftarkan koperasi ini dan mereka yang diterima menjadi anggota
selepas pendaftaran mengikut Peraturan dan Undang-Undang kecil ini dari semasa
ke semasa.
Pada masa ini
koperasi telah memiliki bangunan sendiri,membuat pelaburan perniagaan ,mempunyai
bilangan anggota yang terdiri dari berbagai bidang dan lapangan contohnya,
kedoktoran, kejuruteraan, guru, pensyarah dan berbagai lagi.
Koperasi telah
mengorak langkah berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menjalankan
perniagaan dalam bidang yang telah didaftarkan.
Harapan kami,
Koperasi ini akan menjadi satu koperasi yang boleh memberi sumbangan kepada
agama, negara dan bangsa.
MATLAMAT
Meningkatkan
kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi dengan
menyediakan kemudahan pembiayaan pada kadar yang berpatutan untuk pertanian,
pengeluaran, pemasaran, perumahan dan aktiviti perniagaan yang dianggap memberi
manfaat kepada ahli dan juga menggalakkan jimat cermat dan simpanan.
TUJUAN
Menjalani fungsi
perumahan, pinjaman, perkhidmatan, pelaburan dan kebajikan
MOTTO
Bantu membantu
dan lengkap melengkapi ke arah kebiakan bersama
OBJEKTIF
Untuk
menyediakan kemudahan simpanan untuk menggalakkan simpanan dan ahli berjimat
cermat.
Kadar dividen
yang menarik ditawarkan bergantung kepada prestasi tahunan koperasi.
~~~ Anggota didahulukan CARUMAN ditingkatkan ~~~